Luahan hati seorang bapa yang kehilangan anak dalam insiden dilanggar lori terlebih muatan, telah menarik perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Loke dalam kenyataan di Facebook menegaskan tidak akan berkompromi sama sekali dengan kejadian tersebut selain mengarahkan tindakan tegas diambil segera terhadap pemandu lori dan syarikat yang terbabit.
Menurutnya, beliau telah mengarahkan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengambil tindakan segera dan menggantung permit operasi syarikat terbabit sehingga proses audit selesai.
“Saya telah mengarahkan JPJ dan APAD untuk mengambil tindakan segera terhadap pemandu dan syarikat tersebut.
“Permit operasi syarikat lori ini akan digantung sementara untuk audit ke atas semua lori mereka.
“Saya tidak akan berkompromi dengan pemandu dan syarikat yang membahayakan orang ramai di atas jalanraya,” katanya.
Pada masa sama, Loke turut menyampaikan ucapan takziah, menyatakan rasa simpati dengan insiden yang menimpa keluarga tersebut.
“Saya berasa amat simpati dengan keluarga mangsa kemalangan ini yang kehilangan bayi sulung mereka. Salam takziah kepada keluarga,” ujarnya.
Baca Juga: Tragedi Fun Fair Puncak Alam, pengunjung menjerit lihat mangsa tercampak keluar dari permainan
Baca Juga: Guru dipecat, biadab selamba pijak sejadah masa murid tengah solat