Malaysia Dateline

Malakat Mall pernah jadi tumpuan lepas meletup kempen BMF, pemuda ini tunjuk keadaan terkini sunyi tanpa pelanggan

Jika sebut tentang pasar raya Malakat Mall, pasti teringat tentang kempen Buy Muslim First (BMF) yang pernah menjadi fenomena pada 2018 di mana ia tercetus rentetan daripada isu produk keluaran muslim yang ‘dianaktirikan’ dan kurang mendapat sambutan di pasar raya.

Kejayaan BMF ketika itu tidak berakhir sekadar di media sosial, tetapi beralih ke fasa pelaksanaan BMF dengan penubuhan sebuah pasar raya berkonsepkan Islam iaitu Malakat Mall yang banyak menempatkan kedai-kedai dari usahawan bumiputera.

Selepas dua tahun pembukaan, apa yang dikongsikan seorang pengunjung berkenaan situasi terkini Malakat Mall yang terletak di Cyberjaya itu benar-benar memeranjatkan.

Menerusi video yang dimuatnaik pengguna TikTok, aqlanrosli_ dia menunjukkan keadaan Malakat Mall yang kelihatan lengang tanpa pengunjung walaupun ketika itu merupakan hari hujung minggu.

“Malakat Mall ni sekarang hari ahad tau, hari hujung minggu. Patutnya ramai orang, tapi tengoklah. Kosong. Aduh, kesian jugalah tengok.

“Serius kesian. Tak tahu mana silapnya. Tapi kesian. Tengok ni, banyak je kedai cantik-cantik siap renovate. Tak tahulah habis berapa ratus ribu, puluh ribu tapi kosong. Serius kesian rasa.

“Sebaklah tengok. Dekat Malakat Mall ni, bukan setakat kedai-kedai je. Kita ada Malakat Grocer macam Jaya Grocer apa semua. Banyak je barang. Lepastu ada tempat solat lagi. Ni boleh solat Jumaat ni kalau korang nak tahu,” katanya dalam video berkenaan sambil menunjukkan kawasan sekeliling pusat membeli belah tersebut yang amat cantik.

Dia juga merasakan bahawa pusat beli belah berkenaan masih lagi boleh naik seperti dahulu dan mengajak orang ramai untuk datang menyokong Malakat Mall.

“Patutnya tempat ni boleh naik lah. Lepastu dia siap ada food court. Tengoklah environment dia semua. Best lepak, Korang datanglah support,” katanya lagi.

@aqlanrosli_

Apa punca sebenarnya Malakat Mall ni takde org? #fyp #tiktokmalaysia

♬ original sound – Aqlan – Aqlan

Meninjau ke ruangan komen, pengasas Malakat Mall ada meninggalkan komentar mengatakan pusat membeli belah itu sedang dalam proses pembinaan semula dan memaklumkan pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehingga 6,000 pengunjung datang ke pusat berkenaan.

Selain itu ada juga memberikan cadangan agar Malakat Mall membuka vendor yang dapat menarik trafik antaranya McDonald, DIY atau kedai baju seperti Uniqlo.

Apa kata anda?

Baca juga: Aliff Syukri tak serik, dulu dengan penari ‘lentok’ kali ini ghairah berdangdut dengan Baby Shima

Baca juga: Baju sekolah nipis, jarang, bapa sedih dengan kualiti baju sumbangan untuk pelajar