Malaysia Dateline

Pasangan dera anak angkat guna penyapu didenda RM20,000 seorang

Pasangan suami isteri yang tular selepas mendera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun menggunakan batang penyapu, menjatuhkan hukuman bersalah dengan masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi hari ini.

Hakim Effandi Nazila Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fitri Jasmani Josmani, 30, yang merupakan warganegara Singapura dan isterinya, Amira Hamzah, 28, warga tempatan selepas pasangan itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka.

Pasangan tersebut dijatuhi hukuman atas pertuduhan melakukan penganiayaan sehingga mengalami kecederaan fizikal terhadap anak angkat mereka.

Sekiranya kedua-dua tertuduh gagal membayar jumlah denda itu mereka masing-masing boleh dipenjara selama 12 bulan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak perempuan, telah menganiaya sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Pertuduhan dibuat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara bagi tempoh maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini tular video memaparkan kanak-kanak perempuan dipukul guna batang penyapu hanya kerana enggan makan nasi.

Siasatan awalpihak polis ketika itu mendapati kejadian disebabkan mangsa tidak suka makan nasi dan suspek memaksa mangsa untuk menelan nasi sehingga termuntah serta kanak-kanak tersebut dikatakan hyper-aktif.

Baca juga: “Patutlah tak ada anak” – Dera anak angkat dengan batang penyapu, netizen bongkar pula video lama si pendera

Baca juga: Khairul Aming kongsi bagaimana kuasa TikTok boleh bantu kedai makan jadi viral, pengikut kurang pun boleh ‘FYP’

Baca juga: “Kalau bertembung lori tangki baru ada akal” – Polis pengiring potong di garisan berkembar cetus kemarahan ramai