Malaysia Dateline

“Patutlah tak ada anak” – Dera anak angkat dengan batang penyapu, netizen bongkar pula video lama si pendera

Sejak semalam, bertalu-talu orang ramai mengecam tindakan seorang wanita yang dikatakan telah mendera anak angkatnya dengan menggunakan batang penyapu.

Hanya kerana enggan makan, kanak-kanak malang berkenaan dipukul sehingga menampakkan kesan berbirat di kaki.

Susulan itu, orang ramai kembali membongkar semula video lama si pendera yang sebelum ini ada memuat naik tentang kekesalannya apabila orang ramai bertanya soal zuriat.

Difahamkan, wanita berkenaan yang juga pengasas sebuah produk telah meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan soalan orang ramai yang tertanya-tanya bila mahu dapatkan anak.

“Bila nak mengandung ni? Soalan ini sangat sensitif, saya tak faham kenapa orang selalu bertanya. Usia perkahwinan kami baru sahaja mencecah 4 tahun. Rezeki tiada lagi,” ciapnya sebagai kapsyen video yang dimuat naik pada Februari tahun lalu.

Video itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata memberi komen agak keras dengan mengatakan wanita berkenaan mungkin tiada rezeki zuriat kerana sikapnya yang kejam terhadap anak kecil.

Mereka berkata, ada hikmah mengapa wanita berkenaan tidak dikurniakan anak kerana anak sendiri mungkin akan jadi mangsa penderaan.

“Kak, hidup ni konsep dia macam ini. Allah akan bagi sesuatu bila mana hamba dia betul-betul bersedia. Mulut akak je sebut mohon doakan rezeki tapi hakikatnya sifat akak.. hmm malas nak cakap. Binatang pun sayang anak, anak kotor pun dia jilat bagi bersih,” komen pengguna Twitter.

“Patutlah ada hikmah tak diberi zuriat. Anak angkat pun dah dera, apa lagi anak kandung. Binatang pun pandai jaga anak,” luah kesal pengguna lain.

“Eloklah tak ada anak. Ada anak angkat pun kau dera. Kalau anak kandung tah apa lah nasib diaorang,” komen pula pengguna lain.

Agak keras kecaman netizen kali ini. Apa-apa pun, penderaan terhadap anak kecil tidak sepatutnya dibiarkan. Kita doakan keadilan untuk adik Alia.

Baca juga: Panas hati tengok budak kena dera, tindakan pendera ini dikecam orang ramai

Baca juga: Macam inilah nasib rakyat marhaen di KL, ramai mengeluh bersesak dalam LRT pada waktu puncak

Baca juga: Lelaki teragung, bapa saudara jadi benteng agar anak saudara tak rebah undang sebak