Malaysia Dateline

Patutlah selama ini tak rasa tiram, Chef kongsi sos mana yang ada ekstrak tiram tinggi untuk rasa tiram sebenar

Ramai yang tidak tahu rupa-rupanya ada pelbagai jenis sos tiram yang dijual dekat pasar raya.

Ada yang tinggi dengan ekstrak tiram untuk merasai tiram sebenar dan ada juga yang sebenarnya tiada ekstrak tiram langsung.

Seperti perkongsian Chef Amer di Facebook miliknya, dia berkata sos tiram sebenarnya mempunyai lima jenis di mana sos ini juga turut dibotolkan untuk mereka yang vegetarian.

Malah, ada sos tiram yang tinggi kandungan ekstrak tiram, dan ada juga yang tiada langsung ekstrak tiram didalamnya.

Jadi anda perlu tahu apa jenis-jenis sos tiram yang terbaik untuk masakan anda supaya selepas ini tidaklah anda beli sos tiram tetapi tiada ekstrak tiram.

Ikuti perkongsian di bawah.

Masa saya beli sos tiram kat NSK tadi, tiba-tiba ada seorang auntie India ni tanya saya yang mana satu sos tiram untuk vegetarian. Saya pun tunjukkanlah yang mana satu.

Kemudian dia tanya lagi apa beza sos tiram yang lain-lain tu. Ehhh… macam kat kelas pula dia tanya. Sedang saya terangkan kat dia, datang pula mak cik ni tanya, sos tiram brand apa yang paling best.

Aikkk… sah! Dah boleh buat kelas pasal ni kat NSK.

Ok, sos tiram ni ada 5 jenis

1) Sos Tiram

Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10% dan boleh dipanggil sos tiram. Rasa tiram yang sebenar ialah jenama Panda Lee Kum Kee

2) Sos Perisa Tiram

Kandungan ekstrak tiram kurang 5%, sebab tu tak boleh dipanggil sos tiram, hanya berperisa tiram sahaja. Rasa tiram yang ‘mild’ Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me

3) Sos Tiram Premium

Kandungan ekstrak tiram 40%. Rasa tiram yang sangat padu. Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan)

4) Sos Tiram Tiruan Sayuran

Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1%) serta perasa sahaja. Sebab tu sesuai untuk Vegetarian

Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me

5) Sos Berperisa Tiram Ekonomi

Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja. Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3kg atau 5kg. Jenama Puteri, Emos, HTH.

Haaa….dah tahu sekarang nak beli sos tiram yang mana? Dah kandungannya berbeza, tentulah harga juga berbeza.

Ikutlah cita rasa, budget dan tujuan masakan masing-masing. Satu lagi, tentu ramai yang akan bertanya tentang status halal sos tiram ni kan.

Nasihat saya, terlanjur dah baca tentang kandungan atau bahan yang digunakan, tengoklah sekali cop halal dia ya. Rajinkan sikit membaca tu, jangan main ambil je.

Syarikat besar-besar ni, bukan setakat ada sijil halal, malah ada HACCP dan ISO lagi. Gunalah tanpa was-was walau pun ada tulisan Cina kerana ini pasaran mereka.

Apa kata anda?

Baca juga: Momen aksi Syihan Hazmi selamatkan gawang Malaysia tular, dipuji penonton luar negara

Baca juga: ‘Asal bertemu urat, daging bertemu jasad, bangkitlah!’ – Filem musuh yang nyata bagi manusia ini lahir sebelum Covid-19