Malaysia Dateline

Pemandu ambulans tunjuk rakaman diganggu makhluk halus yang menangis tiba-tiba

Seorang pemandu ambulans di Indonesia mendakwa diganggu oleh entiti aneh selepas terdengar seperti suara seorang wanita sedang menangis di bahagian tempat duduk belakang.

Menerusi video dimuatnaik di Twitter @otongkoil, lelaki berkenaan yang sedang bekerja pada waktu malam telah memberhentikan ambulans di sebuah kawasan yang gelap dan langsung memarahi makhluk berkenaan walaupun tidak terlihat sosok makhluk itu dari rakaman tersebut.

Dia sempat membuka bonet ambulans dan menghalau makhluk itu agar tidak mengganggunya bekerja.

Dalam video itu, kedengaran bunyi seakan suara wanita yang sedang menangis kesedihan, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tidak kerana ia juga terdengar seperti bunyi suara burung hantu.

“Masih kau ya bersuara mengganggu aku ya. Kenapa kau, kau kira aku takut.

“Aku di sini cari makan untuk keluargaku. Mengapa kau nak ganggu aku terus. Keluar kau keluar, keluar. Kenapa nak ganggu aku terus.

“Kau kira aku takut? Aku bukan penakut,” kata lelaki itu sambil merakam keadaan di bahagian belakang ambulans yang gelap.

Bagaimanapun rakaman itu kemudian dimatikan dan tidak dapat dipastikan apa yang terjadi setelah itu.

Situasi tersebut membuatkan netizen di negara itu terkejut tidak menyangka bunyi suara menangis itu benar-benar terakam.

Mereka juga mengagumi keberanian lelaki berkenaan yang tanpa was-was membuka pintu ambulans di bahagian belakang sambil menghalau makhluk tersebut.

“Untung belum dibacain ayat kursi tuh syetan, abangnya masih baik,” komen netizen Indonesia.

“Abangnya baik banget sampe dibukain pintu,” tulis yang lain.

“Melawan hukum perkuntian (hantu), harusnya masnya lari,” seloroh yang lain.

Baca juga: Kenapa tolak debat sedangkan ia juga untuk berkempen? Jika ada wawasan terima sahaja pelawaan debat ini

Baca juga: ‘Kerana pencabar saya seorang menteri, maka mantan menteri ini turun bertarung’- Dzulkefly