Pengunjung tunjuk keadaan Pantai Cenang Langkawi sunyi, tak ramai pelancong walaupun hujung minggu

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengunjung yang melancong ke Langkawi baru-baru ini mendakwa sebuah lokasi popular di kawasan percutian keluarga itu, sunyi tanpa kemeriahan pengunjung seperti kebiasaan.

Menerusi satu video yang dikongsi pengguna media sosial Khair AlJufri, suasana deretan kedai yang berada di sekitar Pantai Cengang kelihatan lengang tanpa pengunjung.

Difahamkan, ketika itu merupakan hari Sabtu dan malam minggu yang sepatutnya menjadi tumpuan ramai.

“Pantai Cenang, Langkawi apa sudah jadi? Tak ada orang, dah jadi pantai lengang,” tulis kapsyen pada video berkenaan

“Hari ini hari Sabtu. Lengang wei tak ada orang. Ada lah orang, bukan tak ada langsung. Tapi apa jadi dengan Pantai Cenang ni? Semuat pakat pi Thailand ka,” kata pemilik video berkenaan.

Video berkenaan kemudian tular sehingga ke Twitter dan mendapat tumpuan warganet di media sosial itu.

Mereka juga tidak dapat menahan rasa terkejut kerana tidak menyangka lokasi popular itu sekelip mata berubah menjadi lengang.

Pada masa sama, Khair AlJufri turut memuatnaik satu video lain di mana kakitangan hotel di Langkawi juga meluahkan hal yang sama padanya.

katanya, tidak pernah lagi hotel di Langkawi sebegitu lengang, tetapi hujung minggu pada 30 September hingga 2 Oktober lalu dikatakan suasana agak sunyi tanpa pengunjung.

“Mungkin kebetulan kot tapi dah beberapa kali pergi Langkawi masa hujung minggu, tak pernah lagi lengang macam ni.

“Jika ada kesilapan harapnya semua pihak ambil iktibar dan situasi ini dapat diperbaiki segera,” tulis kapsyen pada video kedua yang dimuatnaik Khair.

Sementara itu di Twitter, warganet mengatakan memang wajar tiada siapa yang datang jika harga penginapan dan makanan segalanya mahal di sana.

“Siapa nak datang kalau hotel dan makanan segala mahal nk mampos. Hotel-hotel level rumah tumpangan pun smpai RM500 untuk 3 hari 2 malam. Baik orang melancong tempat lain. Masa Langkawi travel bubble punya lah murah depa bagi. Bila orang dah ramai dok charge harga tak masuk akai,” luah warganet.

“Lebih baik pergi Thailand dari Langkawi sebab sana lagi murah.. Hotel 5 hari 4 malam baru RM500 untuk 3-4 bintang dan RM700 untuk 5 bintang. Makan pun sana lebih berpatutan.. Malaysia ni terlalu over semuanya.. Overated, overclaim, overprice dan overconfident..,” balas yang lain pula.

Baca juga: Kesian tengok bangla terkial-kial buat pesanan McD dekat mesin, lelaki bengang tak ada ‘staff’ datang tolong

Baca juga: Tertidur masa tengah cuba tilam baru, lelaki ini terus beli tilam berharga RM12,000 lepas terbangun