Malaysia Dateline

Peniaga bising ‘free shipping’ yang ditabur TikTok untuk tarik pembeli rupanya perlu dibayar penjual, ada yang hangus RM20,000!

“Free shipping yang TikTok tabur untuk tarik buyer rupanya seller yang kena tanggung. Barang yang dah selesai (hantar) 2 hingga 3 bulan lepas baru sekarang TikTok tarik duit seller,”.

Ini antara luahan peniaga di TikTok yang mendakwa mereka ditipu laman sosial media itu apabila sewenang-wenangnya menolak beribu ringgit hasil jualan mereka.

Difahamkan, TikTok menawarkan penghantaran percuma kepada semua pelanggan yang membeli di ‘TikTok Shop’ bagi menarik lebih ramai membeli di platform tersebut.

Bagaimanapun penjual yang dikenali sebagai Iekaa Mustapha mendakwa, mereka langsung tidak diberitahu bahawa mereka yang perlu menanggung kos penghantaran yang dijanjikan TikTok itu.

Dia juga memberitahu ada penjual lain kehilangan lebih RM20,000 akibat penolakan yang dilakukan TikTok. Penolakan tersebut termasuk kos penghantaran barangan (parcel) yang sudah dihantar dua bulan lalu.

“Semalam aku semak masih faham, tiba-tiba hari ini blur kejap. Rupanya duit yang banyak-banyak dia tolak ni duit shipping yang berbulan lepas! Manalah kita tahu, ingat free shipping, apa punya sistemlah tak tolak awal-awal.

“Dah berbulan kot baru nak tolak. Memang peliklah sistem TikTok Shop ni. Tak marah pasal caj shipping tu tapi marah dengan sistem korang ni. Setakat ni aku tak ada overcharged lagi tapi dia tolak duit shipping berbulan lepas,” luah peniaga lain.

Antara tangkap layar luahan peniaga lain yang dikongsi di Facebook Iekaa Mustapha

1
2
3

“Ini akaun saya sendiri, semua jadi negatif duit modal hilang gitu je sebab dia tarik kos pos barang,” kata Iekaa sambil berkongsikan bukti TikTok membuat penolakan dari akaunnya.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada penjelasan dari pihak TikTok berhubung isu ini. Peniaga di platform tersebut juga masih belum dapat penyelesaian daripada isu berbangkit.

Baca juga: “Permohonan ditolak kerana dianggap remeh, menyusahkan”, Hakim tidak benarkan Najib cabar keputusan penjara

Baca juga: ‘Duduk hotel ni, aku rasa diperhati’ – Bermacam ‘meme’ lucu ini buat orang ramai terhibur