Malaysia Dateline

Pemergian Fajim Juffa sama seperti arwah bapanya, pernah terbabit dalam nahas pesawat pada 1989 hingga terkorban

Jurulatih penerbangan yang maut dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, malam tadi dilaporkan pernah terselamat dalam satu insiden ketika cuba menerbangkan sebuah pesawat pada 2004 lalu.

Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52 merupakan bapa kepada tiga anak dan pernah bertugas di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum bersara dan menjadi jurulatih penerbangan untuk sektor swasta pada 2018.

Dilaporkan, Pemergian Allahyarham ini sama seperti bapanya yang pernah terbabit dalam nahas pesawat terhempas.

Menurut ibu saudara Fajim Juffa, arwah bapa Fajim Juffa mengalami nasib sama kerana terkorban dalam insiden membabitkan pesawat pada sekitar tahun 1989.

“Ayahnya juga turut terkorban dalam nahas Nuri di Sungai Lundu, Sarawak Disember 1989,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) malam tadi.

Berkongsi cerita tentang Allahyarham Fajim Juffa yang pernah terselamat dalam insiden pesawat terhempas, ibu saudaranya memberitahu bahawa Allahyarham tersangkut pada sebatang pokok selama beberapa hari apabila pesawat dinaiki mengalami masalah enjin.

Fajim Juffa turut dilaporkan hilang beberapa hari akibat tersangkut di atas pokok selepas kerusinya berjaya melenting keluar sebelum pesawat terhempas di ladang kelapa sawit Ketengah Perwira, Kemaman, Terengganu.

“Arwah tidak pernah memberitahu dia takut atau mahu berhenti daripada bidang ini kerana memang mempunyai minat yang amat mendalam,” katanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 8.10 malam tadi, kapal terbang ringan milik sebuah sekolah penerbangan berdekatan telah pun dijumpai dalam keadaan terbalik berhampiran rumah pam Sungai Rokam bersebelahan sebuah kediaman penduduk.

Baca juga: Filem penuh Mat Kilau dirompak, ditayang secara haram di Telegram

Baca juga: ‘Mak guard’ tak bagi naik hantar makanan, rider terkejut kena maki bodoh dengan pelanggan

Baca juga: Dr Hatta cadang AMANAH pinda perlembagaan parti supaya selari dengan Akta Anti Lompat Parti

Baca juga: Wanita maut jatuh tingkat 4 Suria KLCC