Malaysia Dateline

RASMI: PH dan BN akan bentuk kerajaan baru di Perak, kata Asmuni

Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN) akan membentuk kerajaan negeri Perak yang baru, kata Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Asmuni Awi.

“Amanah negeri Perak bersama Pakatan Harapan Perak akan bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri Perak yang baru,” kata Asmuni dalam satu kenyataan melalui satu klip video klip pagi ini.

Menurut Asmuni, kerajaan negeri ini insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan yang stabil.

“Insya Allah kerajaan ini stabil sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat demi kemakmuran dan kesejahteran,” kata Asmuni.

Dalam pilihan raya umum kelmarin, PH mendapat 24 kerusi di Perak, PN (26) manakala BN (9).

Apabila PH dan BN bergabung, mereka membentuk majoriti dua per tiga di Perak apabila mendapat 33 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 59 kerusi itu.

BACA JUGA PH BN setuju bentuk kerajaan bersama di Pahang dan Perak

JUGA Anwar tiba untuk ‘meeting’ antara PH dengan BN

dan juga Gunting rambut, muka monyok tular di media sosial