Malaysia Dateline

Pulihkan ekonomi, tarik pelabur fokus utama selepas bentuk kerajaan baharu

Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan berusaha sebaik mungkin untuk memujuk rakan-rakan beliau yang berada di seluruh dunia agar membawa pelaburan ke negara ini bagi memulihkan ekonomi negara.

Menurut Anwar, beliau akan menjadikan isu ekonomi sebagai tumpuan utama jika diberikan mandat untuk mentadbir negara selepas ini dan memujuk rakan-rakannya di seluruh dunia untuk membantu.

Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Presiden Turki, Raccip Toyyib Erdogan.

“Kita ada kontaks, kita ada pengalaman. Kita ada hubungan baik dengan China, dengan India dan dengan Turki tentunya.

“Kita ada hubungan baik dengan Amerika dan juga Eropah.

“Insya Allah, jika diberikan mandat, saya akan berhubung dengan mereka, tolong bagi perhatian, mari sama-sama invest di Malaysia,” kata Anwar dalam ceramahnya di Pengkalan Chepa yang penuh sesak dengan orang ramai malam tadi.

Menurut Anwar, fokus utama yang akan diberikan oleh kerajaan baru nanti adalah memulihkan ekonomi negara.

Menurut beliau, fokus utama yang akan diberikan oleh kerajaan baru nanti adalah memulihkan ekonomi negara.

Tanpa keyakinan pelabur asing ke atas negara ini, katanya, agak sukar untuk memulihkan ekonomi negara yang sedang tenat sekarang.

Menurut Anwar, apabila memegang sesuatu jawatan, tugasnya adalah untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi rakyat sekarang.

Anwar juga mengulangi janji beliau untuk menolak gaji perdana menteri apabila beliau dilantik nanti.

“Saya ada elaun ahli Parlimen, saya akan tolak gaji perdana menteri. Duta khas yang tiada kerja, dibatalkan.

“Jumlah menteri dikurangkan, gaji menteri akan jauh dikurangkan. Kalau tak mahu jadi menteri, tak apa,” kata Anwar yang bertujuan memulihkan keyakinan khasnya anak muda kepada pemimpin negara.

“Jika mereka sayang kepada kita, kita akan sayang kepada mereka dan negara akan aman dan sejahtera,” kata beliau yang pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia itu.

Menurut Anwar, beliau sedar, masalah ekonomi negara perlu diselesaikan segera apabila kenaikan harga barangan yang melampau-lampau sejak kebelakangan ini.

Ia berpunca dari tindakan menyamun dan merompak duit negara oleh para pemimpin politik.

“Sakau, sakau, sakau,” kata Anwar yang ditonton lebih 16,800 penonton secara online itu.

BACA JUGA Bila Ismail, Mahiaddin nak isytihar harta, kata Anwar di depan ribuan manusia di Pengkalan Chepa

JUGA “Malam tadi awak boleh tidur lena, tetapi malam ini korang boleh menangis ramai-ramai”

DAN “Who is this woman”- Pencetus idea bendera putih, Kak Jah dapat perhatian masyarakat antarabangsa