Malaysia Dateline

Ramai bingung pelajar OKU penglihatan dibawa tonton Mat Kilau, penjelasan ini akhirnya jawab teka teki netizen

Ekoran laporan berita berkenaan 108 pelajar sekolah yang mengalami cacat penglihatan dibawa menonton filem Mat Kilau, perkara tersebut telah menarik perhatian netizen yang membuatkan mereka bingung.

Semua nampak keliru dan tertanya-tanya bagaimana seorang yang mempunyai masalah penglihatan boleh dibawa menonton wayang.

Adakah mereka hanya rabun? Atau tidak seratus peratus cacat? Netizen juga sempat menyertakan tangkap layar maksud cacat penglihatan yang dijumpai.

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun @ezwansora, tampil menjelaskan keadaan berlaku sekaligus menutup kekeliruan yang timbul.

Dia menjelaskan bahawa sebenarnya panggung wayang akan menggunakan teknologi “Audio Description (AD)” bagi menggambarkan setiap babak dalam filem secara lisan kepada penonton.

Dengan itu, individu yang mempunyai masalah penglihatan boleh dibantu dengan audio berkenaan.

“Antara contoh lain, TGV pernah tayangkan filem dengan teknologi AD sebelum ni pada tahun 2020 seperti yang dilaporkan oleh TheStar.

“Selain daripada itu, Youtube dan Netflix juga memanfaatkan penggunaan AD ini, membolehkan pengguna internet yang mempunyai masalah penglihatan untuk menikmati video mereka,” katanya.

Pada masa sama jika dilihat dari laporan semalam, 108 pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan Setapak merasai pengalaman pertama mereka dengan menonton filem Mat Kilau dengan bantuan Pencerita daripada 22 guru pengiring di panggung wayang, Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur.

Baca juga: Tak berminat konon! Orang putih kata ‘he spoke too soon’

Baca juga: Baik hati bagi kawan guna slip gaji beli telefon baru, wanita buntu asyik dikejar bank minta hutang

Baca juga: Ribuan tin sardin bertaburan di jalan, treler bawa tin sardin terbalik