Malaysia Dateline

Ribuan tin sardin bertaburan di jalan, treler bawa tin sardin terbalik

Sebuah treler yang membawa muatan ribuan tin sardin, dilaporkan terbabas sebelum terbalik di di Kilometer 265.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan.

Dalam satu video berdurasi 43 saat yang dikongsi di media sosial, menunjukkan ribuan tin dan isi sardin bertaburan atas jalan menyebabkan laluan lebuh raya bertukar warna merah

Dilaporkan, treler tersebut yang terbalik dan melintang di jalan, telah menghalang laluan sehingga menyebabkan kesesakan trafik lebih tiga kilometer.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, laluan ke selatan terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan mengalihkan kenderaan dijalankan.

Katanya, semua kenderaan arah selatan dilencongkan keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar melalui Sungai Siput untuk ke Ipoh.

“Keadaan lori kontena yang melintang jalan menyebabkan laluan arah selatan terpaksa ditutup sepenuhnya bagi kerja-kerja pengalihan.

“Anggota polis ditempatkan di lokasi kejadian bagi membantu melancarkan aliran trafik dengan mengarahkan kenderaan keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar untuk menggunakan jalan lama ke Ipoh,” katanya memetik Utusan Malaysia.

Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada 1.24 petang memberitahu, laluan kontra telah dibuka di Kilometer 267.0 hingga 265.1 arah utara bagi mengurangkan kesesakan.

Trafik masih bergerak perlahan dan pengguna diminta mematuhi papan tanda.dilencongkan keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar melalui Sungai Siput untuk ke Ipoh.

Baca juga: ‘Bila berjaya, dia tidak berlumba pamer kereta dan hidup mewah’, pempengaruh seperti Khairul Aming wajar dijadikan contoh

Baca juga: ‘Bila berjaya, dia tidak berlumba pamer kereta dan hidup mewah’, pempengaruh seperti Khairul Aming wajar dijadikan contoh

Baca juga: “Kau penyewa tak layak bising!”- Penduduk flat cop parkir guna kolah, siap ugut penyewa kalau cuba alihkan