Malaysia Dateline

Restoran chef terkenal caj air mineral RM36 sebotol, tapi bayar gaji pekerja RM1,500?

Pada pertengahan Jun lalu, chef terkenal, Gordon Ramsay telah membuka satu restoran mewah berkonsepkan ‘Bar and Grill’ di Hotel Sunway Resort, Kuala Lumpur.

Ia merupakan restoran pertama daripada chef terkemuka itu yang setanding dengan restoran miliknya di London

Baru-baru ini seorang pempengaruh TikTok ada mengunjungi restoran mewah berkenaan dengan turut menunjukkan beberapa harga makanan yang boleh dikatakan amat ‘premium’.

Secara keseluruhan, pempengaruh itu mengatakan makanan tidak setanding dengan harga cuma ada beberapa makanan yang memang sedap dan berbaloi.

Video ‘review’ itu ada dikongsikan pengguna Twitter Jam Lim, yang turut memberitahu bahawa harga bagi sehiris daging jenis Wellington adalah berharga RM300, dan kentang putar pula berharga RM40.

Apa yang mengejutkan adalah harga bagi sebotor air mineral adalah RM36.

Tidak hanya itu, dia juga menyertakan satu tangkap layar laman sesawang yang memberi info tentang pekerjaan kosong. Laman joblum.com itu memaparkan beberapa kerja kosong yang terdapat di restoran Gordon Ramsay.

Terkejut lihat apabila gaji untuk pelayan hanya ditawarkan sekitar RM1,500 hingga RM2,100 manakala tukang masak atau sous chef pula ditawarkan gaji antara RM5,500 hingga RM7,700.

Ramai yang menganggap kadar gaji yang ditawarkan sangat rendah memandangkan harga makanan di sana teramatlah mahal.

Mereka juga menyentuh tentang ‘underpaid waitress’ yang dianggap tidak seharusnya berlaku di bawah chef terkemuka itu.

Tangkap layar kadar gaji bagi pelayan

Rata-rata warganet terkejut dengan perkongsian berkenaan malah tidak kurang turut meninggalkan kritikan kerana apa yang berlaku dianggap seperti mengeksploitasi tenaga kerja dengan bayaran yang tidak setimpal.

Baca juga: Lelaki dakwa keturunan Nabi, Azhar Idrus kata “setakat mari majlis Maulid Nabi, tak bagi mudarat”

Baca juga: Pas pilih kerjasama dengan PN, tidak akan bubar Kelantan, Terengganu, Kedah