Malaysia Dateline

Rakan terdekat beritahu ‘rider’ Grab yang maut rupanya baru 2 minggu berkahwin

Sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) tular malam tadi memaparkan satu kemalangan maut menyayat hati berlaku di sebuah persimpangan jalan di Klang.

Dalam rakaman berkenaan, dua penunggang motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat, telah dilanggar oleh dua buah kenderaan jenis Nissan X-trail.

Kejadian berlaku selepas salah seorang pemilik kenderaan melepasi lampu isyarat dengan sangat laju sebelum menghentam kenderaan lain dan kemudian berlanggar pula dengan seorang rider penghantar barang, Lalamove.

Manakala kenderaan yang dihentam pula telah terbabas sehingga melanggar seorang rider penghantar makanan yang dilaporkan maut di tempat kejadian.

Menurut info dari rakan-rakan terdekat mangsa, rider Grab berkenaan difahamkan baru sahaja dua minggu berkahwin. Manakala isteri kepada rider Lalamove pula sedang sarat mengandung.

Rider Lalamove difahamkan cedera parah di kedua-dua belah kaki.

Gambar dikongsi orang awam

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kemalangan berlaku ketika kereta Nissan X-trail mahu membelok ke kanan jalan tersebut.

Pada waktu itu, sebuah lagi kereta jenis sama di laluan berkenaan mahu meneruskan perjalanan lalu berlanggar.

“Dua SUV itu kemudian terbabas dan masing-masing melanggar dua motosikal serta sebuah Proton Wira di laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jelas Vijaya Rao, perlanggaran itu mengakibatkan penghantar barang meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital.

Tambah beliau, kedua-dua pemandu SUV berusia 20 dan 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikutvSeksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektpr Mohd. Fadli Ismail di talian 017-2141318 atau balai polis berdekatan,” katanya. 

Baca juga: “Macam orang malas buat kerja”, jadual ala kadar acara SUKMA Terengganu dikritik, netizen kata dah serupa slip periksa

Baca juga: Pelarian ‘red notice’ paling terkenal ada di China dengan tiga pembantunya – Wartawan ini dedah di mana lokasi Jho Low!