“Saya nak ajar mereka ada Melayu tidak boleh dimakan”- Kisah pekebun Melayu sering ditekan tauke kaya, kalau masuk pasar mesti kena kitai harga, tapi tindakan pemuda ini buat ramai puas hati.
“Kalau korang baru masuk pasar borong mesti kena kitai pasal harga. Yang menang (ialah) siapa ada barang, siapa ada duit dan garang. Itu sebab budaya gangster bermula di pasar-pasar. Jangan marah dulu, baca buku-buku sejarah dan masuk sendiri game ini baru korang tahu”.
Begitulah perkongsian seorang ahli perniagaan tanaman berjaya, Baharuddin Mohamed. Baharuddin merupakan seorang pebimbing perniagaan atau lebih dikenali sebagai Coach Bahar banyak berkongsikan kisah pahit dan realiti menjadi petani, pekebun yang sering ditekan.
Ditekan dengan harga rendah oleh tauke-tauke yang sudah kaya. Tak ramai yang berani menjual sendiri secara terus kepada tauke-tauke ini. Kalau tak gaduh, pasti kena pijak. Kata Coach Bahar, ada sahaja golongan ini mahu mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
Tetapi tindakan Coach Bahar yang berani melawan dan tetap menjual dengan harga tinggi kepada pemborong buat ramai puas hati.
Kami kongsikan cerita inspirasi ini dari Coach Bahar di Facebook miliknya.
Pasar borong, gangster dan nasib petani Melayu
Dari Alor Setar saya terus ke pasar borong Selayang. Saya masuk pasar borong. Kat pasar borong ada 2 bangsa je. Tauke berbangsa cina dan warga asing. Bangsa Melayu dan India sangat kurang.
Kalau korang baru masuk pasar borong mesti kena kitai pasal harga. Yang menang siapa ada barang, siapa ada duit dan garang. Itu sebab budaya gangster bermula di pasar-pasar. Jangan marah dulu, baca buku-buku sejarah dan masuk sendiri game ini baru korang tahu.
Penat nak layan. Tak ramai yang nak buat kerja ni. Kalau tak gaduh pasti kena pijak. Ada je nak ambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
Tauke kaya: “Cili you mahal, cili bara pun kita ambil 14. Kena tengok dulu cili Thailand lagi murah “
Dia orang dua tiga orang. Saya seorang je.
“You tauke, mahu untung saje. Tekan orang kampung jadi petani. You punya rumah sudah 18 tingkat masih nak buat duit. You ambil murah mahu bunuh petani. Dengan orang lain you boleh kelentong lah. You jual harga sampai dua tiga kali harga. Jangan buat orang lain b*doh lah tauke”.
“You mau tak mau? Tak mau saya kasi orang lain lah“
Dia orang cakap Cina sesama sendiri. Tak tahu dia cakap apa. Akhirnya dia ambil juga dengan harga saya tawarkan sebab produk saya cantik dan segar-segar.
Saya tak beri semua sebab saya nak ajar mereka ada Melayu yang tak boleh dimakan. Dia orang nak kasi kita give-up je kalau kita tak kuat.
Saya tahu semua prosesnya. Bukan semudah dalam kertas. Sebab itu saya sound je peneroka yang negatif kata projek ni gagal. Saya tak suka agensi yang birokrasi yang tak sesuai lagi zaman kereta nak terbang ni. Nak susahkan proses.
Bersatulah Industri Kampung.
Saya buat projek Felda. Felda beri dana pada peneroka, mereka sediakan set. Mereka sediakan latihan, mereka sediakan anak benih, baja dan racun. Akhirnya mereka aturkan pembeli hasil dari peneroka.
Kat kampung, boleh je buat model yang sama. Satu kampung satu industri. Fokus dengan satu sayur je. Sediakan orang yang membeli semula hasil orang kampung. Baru boleh banyak, bila banyak pemborong yang kejar kita. Tak payah terhegeh-hegeh dengan orang lain.
Entahlah. Minggu ni semua orang saya marah. Ramai orang saya gaduh. Saya tak suka orang lain kena buli. Lebih lagi saya kena buli. Semua boleh selesai dari berunding. Tapi semua orang faham. Ada yang kena ketuk kepala baru sedar.
Tak ada yang fikir dan buat nasib pekebun kecil orang Melayu. Sayur dari Thailand lebih murah. Mereka tanam pakat-pakat satu kampung. Ada satu taukey. Taukey beri harga baik, cuma ambil untung pengurusan je. Kambing pun sama, lembu pun sama. Sebab itu mereka boleh hantar sayur, ayam, kambing dan lembu yang banyak. Mereka buat berskala besar. Mereka bersatu dan gunakan formula yang sama.
Tulisan ini sekadar luahan. Tak bermaksud bercerita tentang bangsa, siapa salah dan betul. Tapi bila kita diam selalunya akan dipandang rendah.
Sehingga saya menulis posting ini. Saya masih dijalanan. Menghabiskan lebih 2000 km dalam 4 hari kembara ini. Entah siapa yang membacanya dan entah siapa yang faham luahan hati ini. Lebih ramai yang tertawa perkara kecil yang saya buat dan mungkin dianggap sia-sia.
Siapa nak tanam cili ? Kebun dia ada terung bulat, terung panjang dan kacang panjang, timun atau petola. Mungkin boleh saya fikir bantu untuk ambil dikebun dan hantar ke pasar borong. Mungkin boleh saya ambil satu kedai di luar pasar borong.
Apa kata anda?
Baca juga: Dakwa ‘disembelih’ syarikat pengendali rider mogok hari ini