Selepas kejayaan filem Mat Kilau mencipta fenomena, pengarah muda Syamsul Yusof dilaporkan menerima tawaran untuk menghasilkan sebuah filem epik mengangkat keagungan sejarah negeri Melaka.
Dia mengesahkan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Melaka untuk menghasilkan filem epik tersebut.
Memetik Utusan Malaysia, Syamsul memberitahu pembikinan filem itu bakal menjadi projek termahal pernah dihasilkan di negara ini sekiranya ia direalisasikan nanti.
“Ratus (juta)… Insya-Allah, filem ini akan menjadi produksi paling mahal dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia,” katanya.
bagaimanapun memaklumkan, perkara itu masih dalam fasa perbincangan awal dan belum dapat berkongsi butiran mengenainya.
Semalam, pengarah tersohor tersebut ada berkongsi momen berada di pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Dia seolah memberi bayangan akan menghasilkan projek baru dan ia ternyata benar apabila Yang Dipertua Melaka berminat untuk bekerjasama bersama.
“Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali menyatakan minat untuk bekerjasama dan akan sekali lagi memanggil saya serta pasukan untuk berbincang lebih lanjut.
“Beliau ada meminta saya melakukan penambahbaikan skrip dengan memasukkan beberapa idea untuk memantapkan lagi produksi itu,” katanya.
Baca juga: Permohonan bayaran jamin Ketua Pemuda AMANAH dikurangkan kepada RM3,000
Baca juga: “Take it or leave it”- Seperti itulah Umno melayan anggota tentera
Baca juga: Tular video lelaki gunting bendera Jalur Gemilang yang dipacak di ibu kota