Malaysia Dateline

‘Syarikat penghantar makanan dari dulu sampai sekarang cuma diamkan diri bila rider ditimpa kemalangan’

Seorang individu kecewa terhadap sebuah syarikat penghantar makanan gergasi di Malaysia yang dikatakan sentiasa mendiamkan diri dari dulu hingga sekarang apabila para penghantar makanan mereka terlibat dalam kemalangan.

Apatah lagi baru-baru ini seorang penghantar makanan meninggal dunia selepas dirempuh sebuah SUV di Klang sehingga satu dana digerakkan besar-besaran oleh orang ramai.

Tetapi dalam di kala ramai yang memberi ucapan takziah terhadap golongan yang dianggap ‘front liner’ ini, hanya satu entiti yang terus mendiamkan diri tatkala perkara buruk berlaku kepada rider mereka.

Luahan yang dimuatnaik seorang pengguna media sosial, Noor Fathin Azlan itu menarik perhatian ramai, apabila menyebut nama syarikat Grab dan mendakwa tidak pernah sekali syarikat itu mengucapkan takziah mahupun berkata apa-apa.

“Pada minggu lepas, dua orang rider GrabFood telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Seorang di Klang, Selangor dan seorang lagi di Melaka.

“Di saat page-page viral dan rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada arwah dan keluarga arwah, namun ada satu page ini dari dulu hingga sekarang mendiamkan diri bila ada kematian dalam kalangan rider Grab.

“Page Grabfood sendiri. Tertanya-tanya juga kenapa ya?

“Sekurang-kurangnya muatnaiklah ucapan takziah kepada arwah dan menziarahi keluarga arwah. Mereka juga pekerja anda walaupun bukanlah pekerja yang dianggap. Tanpa mereka ini, anda tidak akan berjaya seperti sekarang,” tulis individu berkenaan.

Untuk rekod, lebih dua pertiga atau lebih 1,700 daripada 2,576 kes kematian penunggang motosikal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 adalah membabitkan kumpulan penunggang perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan (p-hailing).

Kerajaan juga ketika itu mendapati berlaku trend pendaftaran sehingga 200 penunggang baharu ­p-hailing setiap hari.

Baca juga: Lebih RM5,000 lesap sampai tinggal seringgit je dekat bank, rupanya terbagi nombor TAC pada ‘scammer’

Baca juga: Rakan terdekat beritahu ‘rider’ Grab yang maut rupanya baru 2 minggu berkahwin