Terbaru peniaga tunjuk keadaan Malakat Mall penuh dengan pengunjung, mana ada kosong!

Oleh KIM SYAZIE

Sebelum ini Malakat Mall pernah dilaporkan sepi tanpa pelanggan selepas dua tahun usia pembukaanya. Pasar raya itu menjadi tumpuan selepas meletup kempen BMF pada tahun 2018, namun pada awal Ogos ini, pengunjung mendedahkan keadaan di situ sunyi walaupun ketika hari hujung minggu.

Terbaru menerusi perkongsian video yang dimuatnaik salah seorang peniaga di pasar raya berkenaan, keadaan Malakat Mall dilihat sangat meriah dengan kehadiran ramai pengunjung yang memenuhi setiap tingkat ruang kompleks beli belah itu.

Video tersebut ada dimuatnaik oleh pemilik akaun Kom Batt yang menunjukkan keadaan sekitar dalam pasar raya tersebut. Dia menyangkal dakwaan ramai bahawa Malakat Mall kini kosong tanpa pelanggan, kerana realiti sebenarnya masih lagi meriah.

“Malakat Mall memang kosong. Saya pun tak tahu nak buat macam mana. Betul lah viral-viral baru ni yang sibuk mengatakan Malakat Mall kosong, ni saya nak beritahu lah memang kosong. Kosong gila, tak ada orang,” katanya secara sinikal sambil menunjukkan suasana yang dipenuhi ramai orang.

“Dekat sini yang ada tu semua bayang-bayang je. Bukan orang. Kosong gila kot, kosong. Jadi betul lah tohmahan yang ditujukan kepada Malakat Mall sebelum ini yang mengatakan kosong.

“Yang kamu nampak tu bukan orang, itu patung,” tambahnya lagi.

Rakaman itu kemudian mengundang perhatian ramai yang mendakwa disebabkan hebahan Malakat Mall kosong sebelum ini, maka ia telah menarik lebih ramai untuk mengaktifkan kembali pasar raya berkenaan.

Ada yang berkata, pasar raya itu tiba-tiba bertukar meriah kerana berlangsungnya satu program merdeka berdekatan kawasan itu.

“Tengah ada event Merdeka Brainy Bunch boleh lah, lepastu ada fair Mydin lagi. Nak sindir-sindir orang. Dia tak tahu ke orang tu juga yang tolong orang lain kenal Malakat Mall ni. Kalau tak, dengar nama pun orang tak kenal,” tulis pengguna Facebook yang tidak bersetuju dengan cara peniaga berkenaan menyangkal dakwaan Malakat Mall kosong.

Bagaimanapun, rata-rata memberi reaksi positif dan menyokong usaha Malakat Mall menaikkan semula nama pasar raya mereka. Mereka turut berharap pasar raya itu akan terus maju di masa hadapan.

Baca juga: MAIWP bongkar sisi gelap pemohon zakat, dapat aduan sedang susah tapi tinggal di kondo mewah

Baca juga: Rosmah ‘trending’ di Twitter, jajah muka depan akhbar turuti suaminya