Setiap bulan dapat bantuan miskin tegar dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dikategori asnaf, tetapi tidak sangka ada yang berperangai kaki judi dan mengambil kesempatan atas bantuan yang diberikan.
Seperti perkongsian seorang individu yang tidak didedahkan identitinya di laman kumpulan Peguam Kebajikan, dia tertanya sama ada bantuan yang disalurkan pihak kebajikan seperti zakat dan JKM ada membuat tapisan atau tidak berhubung senarai penerima bantuan.
Ini kerana katanya, ada antara kenalannya yang bergelar asnaf dan masih menerima bantuan miskin tegar dari JKM tetapi rupanya berperangai kaki judi.
“Assalamualaikum, saya ada sedikit pertanyaan. Saya ni biasa lepak dengan member-member flat minum petang atau malam. Masa lepak tu rajin betul dia orang cerita bab nombor ekor (judi). Dah bertahun gak saya nasihat tak juga dia orang berhenti main judi.
“Yang lebih peliknya, ada antara mereka yang mendapat bantuan asnaf zakat dan bantuan miskin tegar JKM. Member tu member lah juga, tapi kalau dah bertahun macam ni perangai, terfikir juga duit zakat yang orang bayar, duit bantuan JKM ni memang untuk tolong orang macam ni ke?
“Bantuan ni tak ada tapisan ke? Tengok tak kaya pun, macam pengemis je hidup masing-masing bila orang yang memerlukan minta bantuan macam-macam pula alasan,” tulisnya.
Dalam pada itu ada yang menasihatkan agar nama penerima bantuan itu dilaporkan pada pusat kebajikan yang menyalurkan bantuan.
Ada juga antara ahli group berkenaan tertanya bagaimana individu kaki judi boleh mendapat bantuan sedangkan dia pernah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan zakat kerana tiada makanan di rumah, tetapi hanya diberikan RM100 untuk bertahan selama setahun.
“Macam mana dia orang boleh dapat bantuan zakat. Saya pergi zakat mereka kata tidak layak. Pernah bulan lepas kami tiada makanan di rumah. Saya pergi zakat. Zakat bagi RM100 kata untuk 1 tahun e bantuan ni dia bagi. Kalau nak mohon tahun depan lagi sekali. RM100 apa saya nak beli dan berjimat sehingga 12 bulan. Mungkin ini ujian untuk kami,” tulis salah seorang ahli group.
Baca juga: Ada ketirisan dalam program basmi kemiskinan bandar, menteri perlu jelaskan laporan audit negara