Tidak tahu apa motif kejadian, tetapi seorang lelaki didapati cuba berpura-pura seperti dilanggar sebuah kenderaan ketika hendak melintas di jalan raya.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsi orang awam di sebuah laman kumpulan Facebook, lelaki berkenaan pada awalnya dilihat berada di sebelah kiri di sebuah jalan.
Dia secara tiba-tiba menahan sebuah kenderaan secara tergopoh-gapah dan terus melintas tanpa memikirkan kelajuan kenderaan itu.
Kenderaan itu sempat menekan brek dan tidak melanggar lelaki berkenaan. Bagaimanapun, lelaki itu pula berlakon terbaring di jalan raya sambil mengangkat tangan seolah-olah dilanggar.
Di ruangan komen, ada yang memberitahu bahawa ini kemungkinan menggunakan taktik dilanggar untuk menuntut insurans individu yang melanggarnya.
Selain itu, ada juga berpendapat bahawa ianya mungkin satu jenayah terancang yang mahu merompak orang awam.
Baca juga: Peniaga dakwa ditipu hidup-hidup, bayar tapak RM1,200 tapi tanah berlopak, pengunjung tak ada