‘Bubar Parlimen, buat PRU. Selepas itu buatlah suka hati dengan negara ini’

Oleh KIM SYAZIE

Umno tak ada telur. Selasa lepas Najib Razak dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Persekutuan setelah disabitkan melakukan 7 kesalahan jenayah melibatkan wang SRC International.

Semalam, Rosmah bini Najib pula disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah.

Maka berlegar-legar seruan bubar Parlimen di mana-mana. Spekulasi sana sini bila agaknya Ismail Sabri mahu bubar Parlimen.

Umno khabarnya mahu segera Parlimen dibubarkan. Banyak alasan digunakan tetapi tujuan mereka hanya satu iaitu menyelamatkan diri dari Mahkamah.

Presiden Umno Zahid Hamidi menghadapi tuduhan di mahkamah. Beberapa pimpinan Umno lain juga turut didakwa.

Bagi Umno, institusi kehakiman sekarang di era gelap kerana ada kalangan mereka diputuskan bersalah kerana jenayah. Mereka mendakwa dianiaya justeru institusi kehakiman perlu dirombak supaya mereka terlepas.

Rombakan kehakiman hanya boleh berlaku jika mereka berkuasa penuh sama seperti sebelum PRU14 lalu. Mereka bebas lantik dan pecat peguam negara yang berpihak pada mereka supaya mereka kebal melakukan jenayah.

Mereka ini jantan tidak bertelur. Sembang gagah tapi kecut. Berkokok hebat ekor bergelumang tahi.

Jika mereka ada telur, pecat Ismail Sabri, bubar Parlimen segera. Kenapa takut desak Ismail Sabri bubar? Ismail Sabri hanya Naib Presiden. Takut?

Bubar segera. Buat pilihanraya. Selepas itu buatlah suka hati dengan negara ini.

Pecat Peguam Negara sebab dia tak bantu Najib dan Rosmah seperti Apandi dulu. Lantik Apandi semula. Gugur semua tuduhan.

Pecat hakim-hakim yang sabitkan kamu kesalahan, ganti hakim baru. Semua Umno boleh buat jika menang besar dalam PRU15 nanti. Kenapa tunggu? Bubar.

Orang Melayu pasti akan sokong Umno sebab kesian pada Najib, Rosmah dan lain-lain yang dianiaya. Melayu Umno. Tapi Umno seperti biasa, sembang kuat tapi penakut. Dengan Ismail Sabri yang ditunggang Bersatu pun tak berani.

Bubar Parlimen segera.

Baca juga: ‘Cakap je nak pergi Siam ambil santau, menggelupur dia bank in nanti’, netizen kongsi tips ‘ajar’ penghutang culas

Baca juga: Syukor Burger, restoran tempatan pertama buka cawangan pandu lalu di JB sebesar McDonald’s!