Ustaz saran hati-hati beli al Quran ini kerana tidak disemak dan tidak diketahui jika ada huruf tertinggal

Oleh KIM SYAZIE

Seorang ustaz menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati membeli Al-Quran yang tidak melalui proses semakan dan tidak mendapat kelulusan dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ).

Ustaz Azrin Masdar ini mendedahkan, ramai antara kita telah menggunakan al-Quran yang tidak mendapat kelulusan undang-undang. Menurutnya, al Quran ini bukanlah mahu dikatakan sebagai salah, tetapi bimbang kerana orang ramai tidak tahu sama ada ayat di dalamnya adalah betul atau tidak.

Jika tertinggal walau satu huruf pun, ia boleh mengundang masalah. Beliau juga menasihatkan agar tidak meneruskan pembelian al Quran jenis seperti ini yang tidak disemak.

“Korang nak tahu tak kita kat Malaysia ni, setiap Quran yang diterbitkan perlu melalui prosedur-prosedur yang ketat dan disemak oleh pakar supaya Quran itu tidak silap dan salah. Tak ada yang tertinggal.

“Tapi ramai yang didapati menggunakan Quran yang tak disahkan oleh badan semakan iaitu dari Kementerian Dalam Negeri. Quran yang nak dikeluarkan di pasaran perlu melalui prosedur KDN tapi bukan polis yang semak.

“Quran ni kita tak kata salah. Tapi Quran ni tak disemak. Jadi kalau kita beli kemudian kalau ada salah ke ada tertinggal huruf ke dan sebagainya, kita tak tahu. Dah lah kita tak hafal, kita baca je. Salah tanda, itu semua bahaya.

“Dalam dia ada rumi. Dia bukan tafsir, tapi dia eja. Sekian kalinya saya nasihatkan, kalau boleh elakkan. Quran jenis ini. Dia tidak dijual di kedai-kedai sebenarnya, dia jual melalui atas talian. Mereka tak berani jual di luar sebab nanti dorang kena saman. Dorang akan ditarik semula semua ini kerana melanggar undang-undang.

“Jika anda ada Quran ini, bolehlah pakai. Kita tak cakap salah tapi kita tak tahu kalau ada sebarang kesalahan kita tak tahu,” jelasnya panjang.

Baca juga: Lepas gaji penjawat awam naik, rakyat harap lepas ini kaunter buka lagi banyak

Baca juga: Aksi abang bomba ‘tunjuk otot’ buat suasana Dataran Merdeka bertukar gamat