Malaysia Dateline

Waspada ribut petir, hujan lebat hingga jam 6 petang ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan enam negeri petang ini.

Keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang nanti.

MetMalaysia menerusi laporannya di Facebook memaklumkan, negeri yang terkesan dengan perubahan cuaca itu termasuklah Perlis dan beberapa daerah di Kedah seperti Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

Selain itu, cuaca tidak menentu tersebut turut dilaporkan berlaku di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

“Di Selangor, negeri yang terkesan sekitar Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta kesemua kawasan Kuala Lumpur.

“Bagi negeri Sarawak pula, hujan lebat serta ribut petir ketika ini melanda kawasan Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong) dan Sibu (Sibu),” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, MetMalaysia memberitahu, amaran dikeluarkan selepas terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Baca juga: Usahawan yang patut dicontohi, Aeril terima plat penghargaan lepas tunai zakat RM50,000

Baca juga: Jawatan TPM: Mustahil Hadi tidak tahu, atau Takiyuddin telah membelakangi beliau?