Malaysia Dateline

Wisma Putra masih siasat dakwaan ada rakyat Malaysia terkorban ketika pesta Halloween di Korea Selatan

Kementerian Luar masih lagi menyiasat kesahihan maklumat yang mendakwa ada rakyat Malaysia yang maut dalam peristiwa berdarah ketika sambutan Halloween di Itaewon, Seoul, Sabtu lalu.

Jurucakap Wisma Putra berkata, setakat ini pihaknya sedang giat bekerjasama dengan pihak berkuasa Republik Korea Selatan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa memaklumkan ketika ini belum ada lagi bukti sahih yang menunjukkan terdapat rakyat Malaysia maut dalam insiden tersebut.

“Kami masih dalam usaha untuk memastikan kesahihan berkaitan dakwaan konon terdapat warga Malaysia yang terkorban dalam insiden itu yang tular menerusi media sosial.

“Warga Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat terkini mengenai kejadian buruk itu boleh menghubungi pihak kedutaan menerusi saluran yang disediakan,” katanya di Putrajaya hari ini memetik Kosmo!.

Terdahulu tular dakwaan seorang lelaki berusia 21 tahun yang bekerja di syarikat pembinaan turut maut dalam insiden berkenaan

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 10.15 malam (9.15 malam waktu Malaysia) pada Sabtu itu telah meragut seramai 154 nyawa apabila lebih 100,000 orang bersesak membanjiri kawasan tersebut.

Setakat ini, seramai 154 mangsa terbunuh akibat sesak nafas selepas ditolak kumpulan individu di laluan belakang dengan 128 orang daripadanya merupakan penduduk Korea Selatan sendiri.

Baca juga: Berhenti di lorong kanan tanpa kon amaran, trak selenggara abai keselamatan pengguna jalan raya

Baca juga: Jiran bawah merungut rumah bising tengah malam, Bila tengok CCTV rupanya ada makhluk aneh tengah merangkak