Ketika bersetuju untuk melepas jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Ismail Sabri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin menuntut agar separuh dari peruntukan perdana menteri dan kesemua peruntukan untuk timbalan perdana menteri diberikan kepada beliau.
Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan, perkara ini diceritakan oleh Mahiaddin kepada beliau dan Tun Dr Mahathir dalam pertemuan mereka selepas PRN Johor.
“Inilah jenis dan watak Mahiaddin yang dikatakan bersih oleh pemimpin Pas ini,” kata Mukhriz dalam satu ucapannya dan kini klip video itu tular di media sosial.
Pertemuan itu diminta oleh Mahiaddin untuk mengajak Mahathir agar bekerjasama untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum kali ini.
Menurut Mukhris, dalam pertemuan di rumah Mahathir itu, Mahiaddin mencadangkan agar Pakatan Harapan, Pas, Pejuang, Warisan dan juga Muda bersatu melawan BN dan Umno.
“Ia bertujuan untuk mengalahkan BN dalam PRU ini dan ketika itulah dia bercerita apa yang beliau tuntut kepada Ismail Sabri sebelum dilantik sebagai perdana menteri.
“Dia kata, dia bersetuju undur, tetapi ada syarat iaitu peruntukan perdana menteri itu dikongsikan dengan dia.
“Dia nak 50:50 peruntukan perdana menteri diberikan kepada dia.
“Dalam bajet 2022 yang dibentangkan baru-baru ini, peruntukan PM adalah sebanyak RM14 bilion.
“Maksudnya, bila dia minta setengah itu, RM7 bilion itu dia nak bagi kat dia.
“Peruntukan timbalan perdana menteri juga dia nak kat dia tetapi saya tak tahulah berapa jumlahnya. tentulah berbilion juga.
“Inilah Mahiaddin Yassin yang dikatakan begitu bersih, abah kau dan macam-macam lagi ini,” kata Mukhriz yang berkata dia tercengang bila Mahiaddin berkata begitu dan harap mereka sokong beliau.
Dalam PRU kali ini, PN dilihat telah berbelanja paling besar termasuk untuk iklan dalam media, hadiah kepada orang yang menghadiri program mereka dan lain-lain lagi.
KLIK UNTUK DENGAR SENDIRI UCAPAN MUKHRIZ
JUGA 6 FAQ anak muda: Isu Cina DAP dalam Pakatan Harapan
DAN JUGA “Masuk undi esok jangan benci sesiapa kerana musuh sebenar kita rasuah, perkauman dan ketidakadilan”